Open Tuisyen DiLea Perkasa Pembelajaran Sepanjang Hayat di NADI
22 Januari 2026 | Aktiviti Terkini22 Januari 2026, Khamis – Selaras dengan pelaksanaan lima teras utama NADI, khususnya lifelong learning, perkhidmatan DiLea (Tuisyen Rakyat) telah dilaksanakan sebagai inisiatif pendidikan percuma kepada pelajar tingkatan 1 hingga 5. Program ini bertujuan membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar melalui bimbingan berstruktur serta sokongan pembelajaran berterusan.
Sehubungan itu, Adik Khairul Amir Azemi bin Abdul Razak telah mendaftar sebagai peserta bagi menyertai Open Tuisyen DiLea bagi suku pertama tahun 2026. Sepanjang penyertaan awal program ini, beliau telah menghadiri beberapa sesi kelas utama melibatkan subjek Bahasa Inggeris pada 20 Januari 2026, Bahasa Melayu pada 22 Januari 2026 serta Sejarah pada 26 Januari 2026.
Program Open Tuisyen DiLea menawarkan pelbagai subjek teras termasuk Matematik,
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sejarah dan Sains yang dijalankan mengikut jadual berkala sepanjang bulan Januari hingga Mac 2026. Sesi pembelajaran turut dibahagikan kepada waktu pagi dan petang bagi memberi kesesuaian kepada pelajar mengikut peringkat umur dan
keperluan masing-masing.
Antara kelebihan utama pelaksanaan kelas ini ialah penglibatan guru berpengalaman,
penyediaan modul pembelajaran serta perbincangan topik secara konsisten setiap minggu. Pendekatan ini membantu pelajar memahami pelajaran dengan lebih berkesan di samping meningkatkan keyakinan dan minat terhadap pembelajaran.
Selain memberi manfaat secara akademik, perkhidmatan DiLea turut memberi impak positif kepada komuniti setempat dengan menyediakan akses pendidikan percuma, meringankan beban kewangan ibu bapa serta menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat. Inisiatif ini sejajar dengan matlamat NADI dalam memperkasa komuniti melalui pembangunan ilmu dan modal insan yang berterusan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: